Pages

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Cuti-cuti Langkawi...Hari 2 - Makam Mahsuri & Beras Terbakar......

Assalammualaikum.....
haaa....nak smbung lagi pasal percutian kita org nie...lepas island hopping, pada ptg nye pulak, kta org g melawat makam mahsuri...kt bawah nie gmbar yang sempat kita org ambik...

 nie la makam mahsuri.....
 gmbar nie lak, gmbar kt dalam rumah kt Kampung kedah..Kpg Kedah nie, terletak kt dalam kawasan makam mahsuri jugak...


 nie pulak telaga mahsuri......


Then kta org pegi kt beras terbakar...haa...knapa dinamakan beras terbakar...kalau makam mahsuri kita sedia maklum la,kt situ la pusara mahsuri, kalau beras terbakar lak dpt nama dari mana....kisah nye cm nie....

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

 Pintu Gerbang Masuk ke Beras terbakar....beras terbakar nie terletak kt kawasan rumah org sebenarnya...sebelum sampai kt situ ada bnyak kedai yg menjual brmacam2 barangan...sapa yg nak shopping boleh la shopping kt cnie....
 nie la tapak tempat beras terbakar...
 nie pulak sample beras yang terbakar...


rase nye sampai kt cnie dulu la....nanti smbung balik dgn aktiviti water sport lak.....

Thursday, November 10, 2011

Cuti-cuti Langkawi...Hari 2- Island Hopping

Assalammualaikum.....
bersambung lagi kisah percutian aku,si dia dan dia kt langkawi..hehehe..
hari ke 2 nie kta org g island hopping...murah je pakage untuk island hopping nie..RM25 seorang...ada gak pakage yang lain...tp agak mahal la, pakage yg mahal tu lagi la syok...bnyak tempat kita akn lawati...untuk pakage murah nie...kita akn di bawa ke 3 tempat je....Pulau Dayang Bunting..Pulau Singa Kechil...then last skali Pulau Beras Basah.....

PULAU DAYANG BUNTING

kt bawah nie da sikit maklumat tentang Pulau Dayang Bunting....

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.
Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.
Tips
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.
Pengangkutan
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Langkawi: +604-966 7789 atau +604-955 7155.
Penginapan
Pulau Langkawi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk para pengunjung.
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.

kt bawah nie pulak gmbar yang kita org ambik waktu g Pulau Dayang Bunting.....

 Nie dlm bot,nak brtolak ke destinasi pertama..pulau dyg bunting...smpat gak ambik gmbr...nak jadi kn kenangan..huhuhuhu
 nie la gmbar pulau dayang bunting..nampak tak mcm perempuan yang bunting tengah baring...hehehe

 nie dlm perjalanan nak g ke tasik dyg bunting
 kt tasik dayang bunting nie ada di sediakan bot,bg sesiapa yg nak ronda2 tasik nie....ada 2 jenis bot..berlainan hrga..yg kt belakng aku dgn yg tercinta nie mahal kit..RM30..
 haa....kalau nak murah naik la bot nie...RM20 je...huh..aku dok tepi tgk dia org dua main....xpe bg peluang...hehehehe
 selain tu..kt cnie pun ada ikan keli..jgn takut..ikan keli nie x gigit...letak je kaki kt dlm air....tp geli la...hehehehe
bg yang nak mndi kt tasik nie...ada dua tmpat...1 kolam yg x berapa nak dalam...1 lg bg yg expert berenang boleh la mndi kt tempat yang dalam...dalam nye sampai 30 kaki......huhuu

EAGLE FEEDING
dh puas menikmati suasana kt tasik dayang bunting nie, seterusnya kta org g satu lagi pulau iaitu pulau singa kechil...untuk aktiviti eagle feeding..kt cnie kita boleh tgk brg helang dengan lebih dekat...bukan senang nak tengok helang dari jarak yg dekat....kt bawah nie gmbar yang sempat kita org ambik.....



PULAU BERAS BASAH....
pulau beras basah nie merupakan destinasi island hopping kta org yang terakhir....
kt pulau nie..pelancong akan diberi masa dalam 1 jam untuk dok lepak menikmati keindahan pulau nie sambil mandi...pantai kt pulau nie bersih dan air nye pun jernih...hehehe...kt bawah nie gmbar kta org kt pulau beras basah.....




Maka...tamat la kisah aktiviti kita org..hehehehe...untuk aktiviti yg lain pulak...akan bersambung di lain hari...hehehehehe...sekian....terima kasih bagi sesiapa yg sudi jengok blog aku nie.....

Wednesday, November 9, 2011

Cuti-cuti Langkawi...Hari 1- Under Water World & Cable Car

Asslmmualaikum...
Halllllllllloooooooooooooo......
Bersambung semula...hehehe...
lepas selesai check in kt motel...kta org terus g under water world...then cable car...kita org abik pakej g 2 tmpat nie dgn bayaran RM 40 ringgit....pakej nie kta org beli waktu kt jeti..dkt jeti ada kaunter untuk bemacam-macam tempahan, kalau nak g island hopping, drop fishing (bg kaki2 pancing), diving,snokerling, and mcm2 lg la semua boleh buat tempahan kt kaunter di jeti...kalau nak tempah tempat penginapan,taxi dan kereta sewa pun ada.....

UNDER WATER WORLD
kt bawah nie gmbar kta org waktu kt under water world...kt cnie ada mcm2 hidupan laut yg kta boleh tgk......





 besarrrr nye ikan nie...kalau kena libas,silap2 boleh pengsan..hehehe



Cable Car - Located at Oriental Village
kt bawah nie pulak gmbar kta org waktu naik cable car....perrggggghhh...gayat tu...huhuhu...tp yg best nyee...dpt tgk view yg indah dan menarik....kalau dh sampai kt atas tu, suhu sejuk...huhuhu....

 gmbar waktu kt dalam cable car...walaupun tkut masih boleh senyum..hehehehe

 pemandangan dari dalam cable car.....

 pemandangan dari platform....

 waktu nie berada kt 652.5 meter dari aras laut...jauh tu....





rase nye...sekian dulu la wat waktu nie ye....nanti sambung pulak untuk aktiviti seterusnye....hehehehehe....

Cuti-cuti Langkawi...Hari 1-Ketibaan

Asslmmualaikum.......
Hai kwn2..huhuhu...
huh...baru blit dari bercuti...syok giler....huhuhuhuhu...Langkawi Island, percutian 3 hari 2 malam...Mcm-mcm ada....bertolak dari kl-kuala perlis...RM43..Pastu naik feri g langkawi..RM18....


 Jeti Kuah, Langkawi
huhuhu..muka keriangan,setibanya d langkawi......

Kepada sesiapa yg 1st time nak g langkawi,jgn risau kalau tak buat tempahan untuk kereta sewa, sebab kt jeti nie ada kaunter untuk sewa kereta...yg paling murah..kereta kancil...RM50-60, tambah dengan deposit RM50,so untuk 2 hari budget kira2 RM 170 termasuk deposit,deposit tu akn d bg balik wktu hntar kereta nanti,so hati2 la pakai kereta sewa nie,kang x dpt blik deposit tu..hehehehe.....bergntung dengan keadaan..kalau g time cuti sekolah,harga mahal la sikit...Gambar kt atas tu time tunggu kereta sewa...muka bengang sebab abg tempat sewa kereta tu lambat sampai..hehehehehehehehehe


Haaa...nie la kereta sewa yg kita org sewa...hehehehehe

Lepas dpt kereta sewa nie..kita org terus gerak g hotel tempat kta org menginap...walaupun hotel yg tak seberapa tp syok..Grand Beach Motel, Pantai Cenang...coz dekat dengan pantai..huhuu...then murah lak tu...semalam RM50 je untuk bilik yg da kipas je..kalau nak yg ada aircond mhal la ckit...,untuk 2 Hari RM 100,Kita org tempah Dua bilik,so budget RM 200 untuk 2 hari..kira2 dengan deposit RM100 untuk 2 bilik,,total semua RM300..
Gambar kt bawah nie la motel tempat kta org dok..huhuhu...cntek kn kwasan nie...




Rasa nye sampai cnie dulu la k...hehehehe...nantik sambung balik...
Tungggguuuuuuuuuuuuuuuu.......hehehehehe