Pages

Saturday, November 12, 2011

Cuti-cuti Langkawi...Hari 2 - Makam Mahsuri & Beras Terbakar......

Assalammualaikum.....
haaa....nak smbung lagi pasal percutian kita org nie...lepas island hopping, pada ptg nye pulak, kta org g melawat makam mahsuri...kt bawah nie gmbar yang sempat kita org ambik...

 nie la makam mahsuri.....
 gmbar nie lak, gmbar kt dalam rumah kt Kampung kedah..Kpg Kedah nie, terletak kt dalam kawasan makam mahsuri jugak...


 nie pulak telaga mahsuri......


Then kta org pegi kt beras terbakar...haa...knapa dinamakan beras terbakar...kalau makam mahsuri kita sedia maklum la,kt situ la pusara mahsuri, kalau beras terbakar lak dpt nama dari mana....kisah nye cm nie....

Mengikut cerita orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya, datuk yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya tiada terlepas ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar. Beras terbakar itu sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi orang-orang demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut.

 Pintu Gerbang Masuk ke Beras terbakar....beras terbakar nie terletak kt kawasan rumah org sebenarnya...sebelum sampai kt situ ada bnyak kedai yg menjual brmacam2 barangan...sapa yg nak shopping boleh la shopping kt cnie....
 nie la tapak tempat beras terbakar...
 nie pulak sample beras yang terbakar...


rase nye sampai kt cnie dulu la....nanti smbung balik dgn aktiviti water sport lak.....

No comments: