Pages

Thursday, November 10, 2011

Cuti-cuti Langkawi...Hari 2- Island Hopping

Assalammualaikum.....
bersambung lagi kisah percutian aku,si dia dan dia kt langkawi..hehehe..
hari ke 2 nie kta org g island hopping...murah je pakage untuk island hopping nie..RM25 seorang...ada gak pakage yang lain...tp agak mahal la, pakage yg mahal tu lagi la syok...bnyak tempat kita akn lawati...untuk pakage murah nie...kita akn di bawa ke 3 tempat je....Pulau Dayang Bunting..Pulau Singa Kechil...then last skali Pulau Beras Basah.....

PULAU DAYANG BUNTING

kt bawah nie da sikit maklumat tentang Pulau Dayang Bunting....

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.
Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.
Tips
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar terbesar yang terdapat di Langkawi. Pembentukan batu-bata di salah satu sisi tasik itu kelihatan seperti seorang wanita mengandung yang sedang baring.
Pengangkutan
Bot
Dari jeti Kuah atau Pantai Cenang, anda boleh menyewa bot untuk ke Pulau Dayang Bunting. Ia memakan masa 15 minit.
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Langkawi: +604-966 7789 atau +604-955 7155.
Penginapan
Pulau Langkawi menawarkan pelbagai pilihan penginapan untuk para pengunjung.
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.

kt bawah nie pulak gmbar yang kita org ambik waktu g Pulau Dayang Bunting.....

 Nie dlm bot,nak brtolak ke destinasi pertama..pulau dyg bunting...smpat gak ambik gmbr...nak jadi kn kenangan..huhuhuhu
 nie la gmbar pulau dayang bunting..nampak tak mcm perempuan yang bunting tengah baring...hehehe

 nie dlm perjalanan nak g ke tasik dyg bunting
 kt tasik dayang bunting nie ada di sediakan bot,bg sesiapa yg nak ronda2 tasik nie....ada 2 jenis bot..berlainan hrga..yg kt belakng aku dgn yg tercinta nie mahal kit..RM30..
 haa....kalau nak murah naik la bot nie...RM20 je...huh..aku dok tepi tgk dia org dua main....xpe bg peluang...hehehehe
 selain tu..kt cnie pun ada ikan keli..jgn takut..ikan keli nie x gigit...letak je kaki kt dlm air....tp geli la...hehehehe
bg yang nak mndi kt tasik nie...ada dua tmpat...1 kolam yg x berapa nak dalam...1 lg bg yg expert berenang boleh la mndi kt tempat yang dalam...dalam nye sampai 30 kaki......huhuu

EAGLE FEEDING
dh puas menikmati suasana kt tasik dayang bunting nie, seterusnya kta org g satu lagi pulau iaitu pulau singa kechil...untuk aktiviti eagle feeding..kt cnie kita boleh tgk brg helang dengan lebih dekat...bukan senang nak tengok helang dari jarak yg dekat....kt bawah nie gmbar yang sempat kita org ambik.....



PULAU BERAS BASAH....
pulau beras basah nie merupakan destinasi island hopping kta org yang terakhir....
kt pulau nie..pelancong akan diberi masa dalam 1 jam untuk dok lepak menikmati keindahan pulau nie sambil mandi...pantai kt pulau nie bersih dan air nye pun jernih...hehehe...kt bawah nie gmbar kta org kt pulau beras basah.....




Maka...tamat la kisah aktiviti kita org..hehehehe...untuk aktiviti yg lain pulak...akan bersambung di lain hari...hehehehehe...sekian....terima kasih bagi sesiapa yg sudi jengok blog aku nie.....

No comments: