Seseorang yang suka akan penulisan, pembacaan dan sangat mahir dalam menerangkan sesuatu. Gemar kepada perkataan bergambar, frasa-frasa kreatif, perkataan baru dan sebagainya. Individu yang memiliki kebijaksanaan ini mampu menulis, membaca, menyampaikan dan mengingati patah kata. Kebijakkan ini juga ditonjolkan apabila seseorang itu mahir dalam memberi penerangan, mengajar dan mempengaruhi percakapan orang lain.
2.Kebijaksanaan Visual / Artistik
Bijak dalam menggunakan carta dan simbol untuk menerangkan sesuatu fakta, dapat menggambarkan sesuatu dengan jelas di minda mereka dan boleh membayangkan sesuatu. Sukakan gambar dan suka mendemonstrasi untuk memahami sesuatu.
3.Kebijaksanaan Fizikal
Mempunyai penghayatan dan belajar menerusi perbuatan, seterusnya mengaplikasikan dengan sedikit praktikal. Merasakan perlu mempelajari sesuatu yang bergerak. Individu ini akan cuba mengawal pergerakan fizikal orang lain dan mampu mengawal objek dengan baik. Gardner(2006), menghuraikan kebijaksanaan ini merangkumi kebolehan mengawal masa dan kemampuan melatih tindakbalas sebelum merefleks.
4.Kebijaksanaan Muzikal
Muzik adalah suatu kegemaran. Mudah untuk menghayati dan menghafal lirik dengan mudah. Mempunyai deria semulajadi kepada tempo dan masa. Individu yang mempunyai deria ini sangat sensitif kepada bunyi, irama, muzik dan nada.5.Kebijaksanaan Matematikal dan Logikal
Gemar membuat sesuatu perkara mengikut peraturan dan mengikut tertib serta menyusun sesuatu perkara mengikut aturan yang logik. Sering mencari corak dan menghubungkait diantara sesuatu benda. Mahir dalam membuat penganalisaan, pengiraan dan perancangan. Cenderung bergelumang dengan unsur logik dan abstrak.6.Kebijaksanaan Enviromental
Seseorang yang mahir mengetahui suasana dan kejadian alam semulajadi.7.Kebijaksanaan Existentialist
Kebijaksanaan ini merangkumi kebolehan dalam menyedari kewujudan keagamaan masing-masing. Ia mampu melahirkan rasa rendah diri terhadap tuhan masing-masing.8.Kebijaksanaan Pergaulan (Interpersonal)
Bijak apabila berkomunikasi dengan orang ramai, boleh berunding dengan ramai orang dan mengetahui apa yang hendak dilakukan apabila berhubung dengan orang lain. Individu ini cenderung untuk menjadi seorang yang ekstrovert, sensitif kepada perasaan orang lain dan bermotivasi.9.Kebijaksanaan Intrapersonal
Kebijaksanaan ini adalah kemahiran melihat kedalam diri sendiri. Individu yang memiliki kebijaksanaan ini berkebolehan memberi respon kepada diri sendiri, cenderung mengikut kata hati dan seorang yang instrovert. Mereka bijak mentafsir perasaan sendiri, bijak mendalami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan serta keunikan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment