Pages

Sunday, October 10, 2010

Sejarah Ringkas Perkembangan Komputer

Sepanjang perkembangan tamadunnya, manusia sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat. Kepantasan akal manusia bagi melaksanakan tugas mengira itu terbatas. Selain itu, ia terlalu kerap menghasilkan jawapan yang kurang tepat. Oleh itu, alat atau mesin mengira yang cepat dan tepat sentiasa diusahakan.

Abakus
Abakus dikenali juga sebagai sempoa, dekak-dekak, suan phan, soroban ataupun papan kira. Permulaan penggunaan abakus boleh dikesan sekitar 3000 S.M. Perkataan "abakus" bermaksud debu dalam Bahasa Semitik. Ia adalah bahasa yang digunakan oleh penduduk tamadun sekitar lembah Euphrates-Tigris. Seorang ahli matematik kurun ke 11 mentakrifkan abakus sebagai suatu alat "flying so quickly that the eye could not follow their movement".

Tetulang Napier
 Alat mengira ini mula digunakan oleh John Napier pada tahun 1617. Ia adalah sebuah alat bagi kira darab dan kira bahagi. Walau pun mendapat sambutan ramai, pengiraan menggunakan alat ini adalah lambat. Ia juga kurang tepat terutamanya bagi kira bahagi berbanding dengan kaedah lazim kiraan.

Mesin Pascal (Arithmetique)
Mesin ini mula digunakan di Perancis oleh Blaise Pascal (1623-1662) pada tahun 1642. Ia adalah kalkulator mekanikal yang pertama. Kira tambah dan kira tolak mudah dilaksanakan dengan menggunakan alat ini. Walau bagaimanapun, kira darab dan kira bahagi sukar dilaksanakan dengannya. Baikpulih mesin ini pula hanya boleh dilakukan oleh Pascal sahaja. Walaupun begitu, rekabentuk mesin ini telah digunakan sehingga tahun-tahun 60’an.

Mesin Babbage Charles Babbage (1792-1871) berkhidmat di Kolej Trinity, Cambridge. Dia mula menggunakan mesin ini pada tahun 1834. Ia adalah mesin mekanikal pertama yang praktikal. Padanya terdapat idea-idea tentang ingatan, pencetak, kad tebuk dan beberapa ciri komputer elektronik.
 
 
Mesin Penjadualan Hollerith
Mesin ini telah dicipta oleh Hermann Hollerith. Beliau telah menggunakannya pada tahun 1890 bagi suatu bancian di Amerika Syarikat. Mesin ini juga telah digunakan bagi bancian pertama di Rusia pada tahun 1987. Hollerith telah menubuhkan syarikat Tabulating Machine Company yang kemudiannya dikenali sebagai International Bussines Machines (IBM).
Mesin Hollerith telah menggunakan konsep kad tebuk ciptaan Joseph-Marie Jacquard (1752-1834). Jacquard telah menggunakan kad tebuk pada tahun 1801 di Perancis bagi mesin tenunannya. Corak tenunan yang diperlukan terdapat pada kad tebuk berkenaan.
Mark I
Mesin ciptaan Howard Aiken ini adalah mesin pertama yang menggunakan kuasa elektrik. Ia bersifat digital dan dicipta pada tahun 1944. Aiken berkhidmat di Universiti Harvard.
ABC
ABC adalah sebuah komputer digital elektronik yang pertama dicipta. Pembikinannya dilaksanakan dari tahun 1937 sehingga tahun 1942. Ia dicipta oleh John V. Atanasoff yang dibantu oleh Clifford Berry. Oleh itu, komputer berkenaan dinamakan Atanasoff-Berry Computer (ABC).
ENIAC Komputer berkenaan telah diusahakan oleh John W. Mauchly dan J. Presper Eckert bagi kegunaan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Ia mula dibina pada tahun 1945 dan siap pada tahun 1946. Komputer ini berasaskan komputer ABC. Ia digunakan bagi mengira laluan projektil bedil.
Pembikinan ENIAC menandakan permulaan era cemerlang bagi teknologi komputer. Ia memulakan satu generasi baru bagi teknologi berkenaan.
  Generasi komputer Selepas tahun 1954, beribu-ribu komputer telah dibina dan perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan, storan atau ingatan. Perkembangan ini terlalu jauh dan boleh dikelaskan beberapa kategori yang dikenali generasi.
  Generasi Pertama (1942-1949) Komputer generasi pertama menggunakan tiub hampa gas. Walaubagaimanapun tiub hampa gas adalah besar, menyebabkan masalah haba tinggi dan menyebabkan mesin ini tidak cekap.
Generasi Kedua (1959-1965)
Komputer generasi kedua menggantikan tiub hampa gas dengan transistor. Oleh kerana kelajuan transistor dan saiznya kecil, komputer yang dibangunkan mempunyai kelajuan yang lebih tinggi.
  Generasi Ketiga (1965-1970) Komputer generasi ketiga bercirikan litar bersepadu yang amat kecil. Komputer generasi ketiga mempunyai input/output, storan dan pemprosesan yang lebih baik. Ia memaparkan gambar pada skrin, bunyi muzik dan boleh terima input suara secara terhad.
  Generasi Keempat (1970- ) Generasi keempat berkeupayaan yang lebih darisegi input, output, storan dan pemprosesan. Ia menggunakan litar logik bersepadu yang lebih baik dan kecil. Ingatan storan juga telah meningkat dengan adanya cakera padat ingatan baca saja (CD ROM).
  Generasi Kelima (?) Komputer generasi ini berupaya untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan. Kebolehan storan primer yang besar dan kelajuan pemprosesan yang lebih pantas.
  Komputer Mikro Pada tahun 1974, Intel 8080 diperkenalkan. Dengan menggunakan pemproses ini, syarikat MITS (New Mexico) mula mengeluarkan komputer mikro pada tahun 1975. Pada tahun 1976, Apple I pula dihasilkan oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak. Mereka kemudiannya mengeluarkan Apple II pada tahun 1977. Pada tahun 1979, pengeluaran perisian VisiCalc telah melariskan penjualan Apple II.
Seterusnya, IBM PC pula dikeluarkan pada tahun 1981. Komputer ini menggunakan pemproses mikro 8088. Ia mempunyai storan piawai 16K dan pemacu cakera 5.25" dengan storan 160K. Walau bagaimanapun, paparan sistem ini hanyalah monokrom bagi teks sahaja.
IBM PC/AT pula dikeluarkan pada tahun 1984. Sistem ini menggunakan pemproses mikro 80286. Ia mempunyai storan piawai 512K dan cakera liat 20MB. Pemacu cakeranya bersaiz 5.25" dengan storan 1.2 MB. Paparan CGA (Color Graphic Adaptor) digunakan bagi sistem ini.
Seterusnya, IBM PS/2 Model 80 dikeluarkan pada tahun 1987. Ia menggunakan pemproses mikro 80386. Storan piawainya 2 MB dan cakera liatnya pula bersaiz 115 MB. Sistem ini menggunakan pemacu cakera 3.5" bersaiz 1.44 MB. Paparan sistem ini adalah VGA (Video Graphic Array).
  Kad Paparan Monochrome Display Adapter (MDA) diperkenalkan oleh IBM pada tahun1981. Kad ini menampung 1 warna pada resolusi 720x350 pixel. Hanya teks sahaja yang boleh dipaparkan pada 25 baris dengan 80 aksara pada setiap baris. Ia menggunakan teknologi TTL (Transistor to Transistor Logic).
Diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1981, Color Graphics Adapter (GGA) boleh menampung 4 warna pada resolusi 320x200 pixel. Versi 2 warna pada resolusi 640x200 pixel. Ia menggunakan teknologi TTL.
Kad Hercules diperkenalkan oleh Van Suwannakul pada 1982. Ia menampung paparan grafik monokrome pada resolusi 720 x 348 pixel. Pemproses ini menggunakan teknologi TTL. Ia adalah satu-satunya adapter bukan IBM yang meluas penggunaannya
Enhanced Graphics Adapter (EGA) diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1983. Ia boleh menampung DRAM bersaiz 256K. Kad ini juga boleh menampung paparan 16 warna pada resolusi 640x350 pixel. Ia menggunakan teknologi TTL
Paparan Multiscanning pula diperkenalkan oleh NEC pada tahun 1985. Paparan multiscanning yang pertama menggunakan multiple-frequency. Ia menggunakan kedua-dua teknologi TTL dan isyarat analog.
Seterusnya, Video Graphics Array (VGA) diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1987 bagi komputer PS/2. Ia boleh menampung 256 warna pada resolusi 320x200 pixel. Kad ini juga digunakan bagi paparan 16 warna pada resolusi 640x480 pixel. Ia menggunakan teknologi isyarat analog.
Super VGA (SVGA) pula diperkenalkan pada tahun 1988. Penggunaanya digalakkan oleh Video Electronics Standards Organisation (VESA). Ia juga dikenali sebagai VGA-plus atau Extended VGA. Ia boleh menampung paparan 256 warna pada resolusi 640x480 pixel atau 800x600 pixel. Ia juga boleh menampung 16 warna pada resolusi 800x600 pixel atau 1024x768 pixel.
  Mikropemproses Perbezaan pemprosesan boleh dilihat dari siri CPU seperti 8086, 8088, 80286, 80386, 80486 dan Pentium.
  Intel 8086: Ia diperkenalkan pada tahun 1978. Ia mempunyai 16 bit register (daftar) dan 20 address line (baris alamat). Ia boleh menampung hingga 1MB RAM (10 kali lebih daripada 8080)
Intel 8088:
Ia diperkenalkan pada tahun 1979. Ia mengguna 8 bit data bus, chipnya lebih murah dan dibuat oleh IBM bagi generasi pertama PCXT.
Intel 80286:
Mula diperkenalkan pada tahun 1982. Ia mengguna 16 bit bus dengan 16 bit register (daftar), tapi ada 24 address line (baris alamat) dan boleh menampung hingga 16 MB RAM.
Intel 80386:
Siri ini diperkenalkan pada tahun 1985 dengan DX mempunyai 32 bit data bus dan bagi SX mempunyai 16 bit. Ia boleh menampung kepada 4 GB RAM.
Intel 80486:
Ia mula diperkenalkan pada tahun 1989. Bagi siri 486DX mempunyai 32 bit data bus, dan boleh menampung 4 GB dan ada math co-processor. Berbanding dengan 486SX pula tiada math co-processor.
Pentium:
Ia mula diperkenalkan pada tahun 1993. Ia mempunyai 64 bit dan bagi 66 mHz mempunyai kelajuan 150 kali daripada 8086. Ia boleh menampung hingga 4 GB RAM.

No comments: